Sunday, December 05, 2010

K.A.M.I *dalam kenangan*












Perginya Seorang Sahabat



Kata orang, sahabat sejati sukar dicari... Mempunyai seorang sahabat sejati adalah lebih berharga dari mempunyai seribu teman yang mementingkan diri sendiri. Kadang-kadang, apa yang kita lalui bersama sahabat amat meletihkan dan adakalanya menyakitkan.. tetapi itulah yang membuatkan persahabatan menjadi lebih indah. Kini, DNS5 Disember 2010 kehilangan seorang lagi sahabat yang mengikut jejak langkah Ammar dan Che Wan..(sorry to say..) Tanggal 1 Disember 2010, En Azmi (PA kitorang) mengumumkan peng-GB-an Azrul Abd Aziz. Alangkah tragis nya waktu itu..huhuuu kepada Boy Aziz, kami always doakan ko yang terbaik.. walaupun ko dah x bersama kami, ko sentiasa dihati kami.. mungkin pasni, DNS CREW dah x seceria dulu.. tp bak kata ko, "alahh, sama jer.yang penting blajar rajin-rajin".. hanya kenangan ketika bersama ko akan jd pengubat rindu kami.. Boy Aziz.. Kehilanganmu ditangisi, Pemergianmu diratapi..(cewahh terbaik nyer ayat..)

Wednesday, November 24, 2010

Yang Indah Itu Tetap Dalam Kenangan..

Video nie dirakam masa sambut bday aku yang ke 19 kat padang polo..
Credits to Boy Aziz sbb sponser Henpon dan kerol anuar azman sbb jd host sepanjang proses record video nih..
hehehee sesungguhnya kenangan indah bersama kalian dak2 DNS batch Januari 2009 akan sentiasa membuat aku sengal...senyum sorg2..muahahaaa
nasib bek masa ni korg2 sume xkenal tepung lagi kan...
kalo x, kompem jadi macam bday kak ida ngan zul...
mcm2 ade..bkn stakat tepung jew, air gula, garam, mayonis, sos..yang paling xleh blahh, time bday zul...pedih mata ni kena sos..hahahha

special tengs to jemputan2 yg sudi hadir...
(ecah, kak ida, eda, ila, mira, nad, maz, aie, boy, cupir, pokcek, own) tue jew la kot..asenye.
nama2 yg aku lupa nak taip kt cini, sori eks ;) video

Sunday, November 07, 2010

Sekadar Berkongsi..

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman
a.s


Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata 'Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.' Lalu sambil
berkata,'Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini', sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.


Monday, November 01, 2010

1/11/10

xtahu kenapa...
dari semalam lg aku ni asek ditimpa malang jew..
sedih lak bila mengenangkan nasib, tp nak wat cmne..semua dah ketentuanNya..kite hnya mampu merancang, tp Dia yg menentukan segalanya...dari awal pg nak g keje, hingga la balik keje, memang xde nasib baik...hari ni pulak, aku "tersepit". serabutnya kepala otak ni bila pk sal duit..duit duit duit..kata org, duit bkn la segala-galanya..duit xleh beli kebahagiaan. tp itu kata org..aku pulak ckp, memang duit bkn segala-galanya..memang duit xleh beli kebahagiaan, tp duit tu satu keperluan..kalo xde duit, cmne nak bhgia..jgn kan nak bhgia, nak mkn pun lom tentu lg blh kalo xde duit..skrg ni nak masuk jambam pun kena bayar...lam otak ni ngah ligat pk cmne nak cari wit...umah sewa ag, exam ccent ag, nk mkn ag...adoyai...pening pale. skrg ni pulak laptop kt kedai..sume nk kai duit la tu. hati aku yg salu kering, ttbe jew basah bila kenangkan sal duit..sedih kowt..mgkin jgk aku terpaksa "korbankan" hp tuk dpt wit..tgk la cmne nti..kalo xde pilihan, terpaksa la...

Thursday, October 28, 2010

28/10

petang ni InsyaAllah, balik kg lg...
yuhuuuuuu...
memang best...
dapat balik kg sape x hepi kan..
sekali sekala balik kg, nak mkn pe gtaw jew..
bestt besst!!

Tuesday, October 12, 2010

kejutan

semalam dapat kol kata lect nak mai 13hb ni..alih2 datang ari ni lak (12hb)..
huhuhu toi2 suprise. lect yg datang tu nama nya en afandi (lect kapal..ala, yang salu duk kt koop...). so mana la tahu sgt hal ehwal it kan..heheheeh yg best nya, cakap ntah pape jew..duk cter sal santau la, histeria kt sari 9 la, TC byk maksiat la..mcm2 la lect kapal ni..cakap punya cakap punya cakap, ada la lam sejam jgak lect ni kat cni..heheh lama kan..pape pun, alhamdulillah sume berlangsung dengan jayanya...kuikuikuiii thanks to puan sarah dan en asmadi, bos-bos yg paling sporting...jasa baik kalian tetap kan ku kenang...

Monday, October 11, 2010

13/10/2010

Dengan sabar nya aku menunggu...siapakah gerangan pensyarah yang nak mai tgk aku wat LI nih..huhuhu dupdapdupdap...mintak2 ler lect tu xde skema sgt..kuikuikuiii...pe2 pun, lau nak tahu lect mana yg nak mai jenguk aku, tggu 13/10 ni tau...

Sunday, October 10, 2010

Isteri Yang Solehah

Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah.

Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya .

Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.

Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:

1.Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar perintah Allah.

2.Bersikap malu terhadap suami.

3.Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara.

4.Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.

5.Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.

6.Memakai wangi-wangian di hadapan suami.

7.Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.

8.Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.

9.Sentiasa menghormati keluarga suami .

10.Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.

11.Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.

12.Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.

Jangan Berputus Asa..

Setiap ketentuan dari Allah SWT ada hikmahnya. Janganlah berputus asa jika doa kita tak dimakbulkannya kerana mungkin ada hikmah disebalik apa yang telah dikurniakan kepada kita walaupun ianya bukan kehendak kita.
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin". Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi?

Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat.

Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe.

Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah,pasti Allah akan menolongnya.

Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini." Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menj adi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan.

Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan
Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan...oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi.